Salam.
Isnin yang sangat indah. Positif. Tiada istilah Monday Blues. Makin di layan blues tersebut, makin tak menjadi kerja yang harus diselesaikan hari ini.
Semalam mimpi yang kurang best. Di label sebagai kurang best sebab aku bermimpi benda yang sama sebanyak tiga kali. Berulang-ulang. Harap tidak memberi maksud yang kurang baik.
Semasa zaman menuntut ilmu iaitu dari sekolah rendah sehinggalah uni, aku selalu bermimpi dikejar batu besar. Mimpi yang berulang-ulang. Bila dah start keja, mimpi seperti itu tiada lagi.
Kata orang mimpi ada yang boleh membawa sesuatu maksud.
Seperti kata penulis indonesia dalam salah satu novelnya, bermimpilah maka Tuhan akan memeluk mimpi-mimpi itu.
:)
No comments:
Post a Comment